fbpx

Pelajar 11A SPM kematian ibu dapat tawaran ke UM, IPG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD SYAHRIL menunjukkan tawaran yang diterima di rumahnya di Kampung Kandis, Bachok semalam.

BACHOK – Pelajar cemerlang 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Syahril Saidi, 18, dalam proses pertimbangan sama ada ingin memilih pengajian di universiti tempatan atau Institusi Pendidikan Guru (IPG) berdasarkan tawaran yang diteri­manya semalam.

Pelajar cemerlang dari Kampung Kandis di sini, yang sebelum ini menjaga ibunya yang terlantar sakit berkata, keputusan akan dibuat dalam tempoh terdekat kerana kedua-dua tawaran itu adalah dalam jurusan agama.

Menurutnya, tawaran pertama ialah Asasi Pengajian Islam di Universiti Malaya dan tawaran kedua ialah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) jurusan Pendidikan Islam yang memerlukan pertimbangan terbaik demi kerjaya dan masa depan.

“Saya tidak dapat beri kata putus lagi. Apa pun perkara yang diperlukan bagi tujuan menyambung pengajian telah disiapkan.

“Saya perlu solat sunat istikharah terlebih dahulu untuk pilihan yang terbaik. Kedua-dua­nya memang tawaran yang diimpikan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kandis, di sini semalam.

Muhammad Syahril berkata, UPU memberi tempoh sehingga dua minggu dengan tarikh akhir pengesahan menerima tawaran sehingga 16 Julai ini.

“Manakala temu duga bagi PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG) Sultan Mizan, Besut ialah pada 12 Julai. Saya akan putuskan pilihan selepas temu duga nanti, insya-Allah,” katanya.

Katanya, buat masa ini dia masih lagi berulang-alik ke Maahad Yaakubiah Nipah di sini, dengan memberi fokus terhadap pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Sekali pun mendapat dua tawaran yang bernilai saya tetap ke Maahad Yaakubiah. Paling tidak sebagai memenuhi ruang waktu dengan menimba ilmu pengetahuan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI