fbpx

Sekolah sukan pendidikan khas dijangka beroperasi 2025 – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-Milo 2022 di Putrajaya, hari ini. Gambar FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang membangunkan sebuah sekolah sukan pendidikan khas di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2025.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pembinaan sekolah itu antara komitmen KPM untuk memastikan sukan dibudayakan dan seiring dengan perkembangan semasa.

“Sekolah sukan itu juga akan membantu membentuk sahsiah dan kesihatan murid selain menerajui konsep ‘Anak Yang Baik lagi Cerdik’ diterapkan kementerian,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2022 di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya dalam proses menentukan jenis sukan yang akan diberi keutaman di sekolah itu termasuk yang memberi harapan untuk pingat pada kejohanan sukan para di peringkat luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI