fbpx

Ramai cuba aplikasi baharu Instagram, Threads

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna Instagram boleh mencuba aplikasi Threads bermula hari ini, sekali gus menjadi pesaing baharu Twitter.

Aplikasi yang itu dimiliki Meta Platform Inc itu membolehkan pengguna membuat hantaran teks, klik tanda suka, mengulas dan berkongsi status pengguna yang lain.

Akaun Threads Kosmo! Online boleh dilayari di sini.

Dalam masa sama, pengguna Instagram juga boleh mengekalkan nama yang sama pada akaun Threads mereka.

Anwar juga tidak ketinggalan memuat naik hantaran pertama pada aplikasi baharu Threads.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg menerusi statusnya pada Threads memberitahu, kira-kira lima juta pengguna mendaftar aplikasi tersebut pada satu jam pertama pelancarannya.

Berdasarkan tinjaun menerusi Threads, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali mencuba aplikasi tersebut termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memuat naik status pertama empat jam lalu.

“Assalamualaikum. Apa khabar semua?,” katanya pada hantaran itu.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga tidak ketinggalan menggunakan aplikasi Threads dengan memuat naik dua status berserta gambar.

“Hi Threads! Trying out the new platform. How’s everyone doing? (Hai Threads! Mencuba platform baharu. Apa khabar semua?),” katanya disusuli dengan hantaran kedua ‘nak post apa eh Threads ni?’.

Menerusi penerangan pada Instagram, Threads membolehkan pengguna memuat naik hantaran sehingga 500 aksara termasuk pautan, gambar dan video sehingga lima minit.

Bagi pengguna di bawah usia 16 tahun (atau bawah 18 tahun di negara-negara tertentu), akaun mereka akan ditetapkan secara ‘peribadi’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI