fbpx

Tepian Tekpi Pernama tawar pasar raya, hotel kepada warga ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly (tengah) ketika melihat model kompleks Tepian Tekpi Pernama di tapak Tepian Tekpi, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pembinaan sebuah lagi kompleks dibawah Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama), Tepian Tekpi yang dijangka memulakan operasi pada tahun 2026 bakal memberi pelbagai kemudahan kepada warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Selain dari menawarkan kemudahan kepada mereka yang masih berkhidmat, Tepian Tekpi juga memberi peluang kepada veteran ATM mengusahakan perniagaan dengan penawaran sewaan ruang niaga pada harga berpatutan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, Tepian Tekpi Pernama dibangunkan di atas tanah berkeluasan 2.49 ekar melalui pajakan selama 30 tahun dengan kadar RM436,000 setahun.

“Bangunan ini merupakan sebuah kompleks Pernama bercirikan reka bentuk kontemporari dan moden, menawarkan pelbagai fasilitasi
antaranya pasaraya, restoran pandu lalu, anjung selera, ruang perniagaan termasuk kepada usahawan veteran ATM, dewan serbaguna, 84 bilik hotel dan ruang pejabat.

“Kos pembangunan kompleks ini sebanyak RM75 juta merupakan satu pelaburan yang agak tinggi oleh Pernama. Insya-Allah kerja-kerja pembinaan in akan dimulakan pada bulan Disember 2023 atau awal Januari 2024,” katanya ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Tepian Tekpi Pernama di sini hari ini.

Sementara, Adly berkata, kementerian sentiasa ingin memastikan Pernama akan terus melakukan penambahbaikan perkhidmatannya selaras dengan teras Malaysia Madani iaitu, kemampanan, kesejahteraan dan kelestarian ekonomi, sosial serta kebajikan seluruh warga ATM.

“Pernama telah melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya saing melalui program latihan keusahawanan dengan syarikat-syarikat seperti 7-Eleven dan BHP terutama melibatkan komuniti veteran ATM dan sehingga kini seramai 1,646 veteran telah mengikuti kursus peruncitan ini,” ujarnya.

Tambahnya, akses di Pernama telah diperluaskan kepada kakitangan awam Kementerian Pertahanan untuk bersama-sama menikmati kemudahan yang disediakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI