fbpx

Pusat tuisyen tawar pelajar dua tiket percuma konsert Taylor Swift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan situasi pembelian tiket itu. - Mothership

SINGAPURA – Sebuah pusat tuisyen di Singapura menghadiahkan dua tiket konsert jelajah Taylor Swift, ‘The Eras Tour’ kepada pelajar sebagai motivasi supaya mereka berusaha keras dalam peperiksaan, lapor laman berita Mothership hari ini.

Kakitangan pusat tuisyen ETG Economics dikatakan berjaya membeli tiket konsert yang menjadi rebutan ramai itu.

Kira-kira 1.3 juta orang dilaporkan menunggu dalam barisan prajualan United Overseas Bank Limited (UOB) semalam untuk cuba mendapatkan tiket konsert Swift di Singapura.

Kesemua tiket habis dijual dalam masa tiga jam sahaja.

Dalam pada itu, ETG Economics yang mengkhususkan subjek ekonomi A-Level dan ekonomi Baccalaureate Antarabangsa (IB) akan memberi tiket percuma kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan ekonominya.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, kakitangan pusat tuisyen itu memaparkan tiket yang dibeli mereka.

Sebagai tindak balas kepada ulasan tentang cara mendapatkan tiket itu, ETG Economics membalas bahawa pelajar boleh mendaftar untuk menyertai kelas mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI