fbpx

Janna Nick mahu anak berzodiak Libra, netizen kata syirik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK

PETALING JAYA – Keinginan pelakon Janna Nick mahu menimang cahaya mata berbintang zodiak Libra mencetuskan pelbagai reaksi netizen sehingga disifatkan sebagai kepercayaan syirik.

Rata-rata menyifatkan perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi sasaran pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner itu yang sepatutnya berdoa agar zuriat yang dilahirkannya sihat dan cukup sifat.

“Sepatutnya minta anak yang sihat dan sempurna, bukannya sibuk mahukan berzodiak Libra.

“Alahai Janna, bukankah percaya kepada zodiak adalah perkara syirik?” komen netizen.

Dalam pada itu, walaupun menerima ribuan kecaman, terdapat juga netizen yang mendoakan Janna dan suaminya, Dini Schatzman menimang cahaya mata dalam tempoh terdekat.

“Biarlah dia dengan dengan keinginan tersebut, semoga mereka dapat anak dalam tempoh terdekat!” komen netizen.

Terdahulu, Janna, 28, dalam satu temu bual bersama sebuah portal hiburan meraih kecaman ramai apabila pelantun lagu Gatal itu melahirkan hasrat untuk memiliki zuriat berzodiak Libra yang dilahirkan antara 23 September sehingga 22 Oktober.

“Seboleh-bolehnya mahu anak saya berzodiak Libra, jadi jika diikutkan pada tahun ini macam sudah tidak sempat.

“Entah kenapa saya meminati zodiak itu jadi InsyaAllah tahun depan. Itu kalau ada rezeki saya nak anak saya Libra,” katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Sebelum ini, Janna pernah memberitahu kepada media dia terbuka untuk memiliki zuriat sekiranya diberikan rezeki awal.

Janna yang juga seorang penyanyi selamat mendirikan rumah tangga bersama aktor, Dini Azan Schatzmann di Masjid Aisyah, Pulau Langkawi, Kedah sebelum diraikan dalam majlis resepsi tertutup di sebuah pusat peranginan di Pulau Langkawi, Kedah 10 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI