fbpx

Galeri Haji Pulau Pinang diiktiraf MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (kiri) ketika majlis penyerahan sijil MBOR di Galeri Haji Pulau Pinang, Lebuh Acheh, hari ini.

GEORGE TOWN – Galeri Haji Pulau Pinang yang dibuka pada 2015 berjaya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai galeri haji pertama di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP), Mohd Fitri Ibrahim berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai galeri haji pertama di negara ini pada awal tahun ini.

“Pada 6 Jun lalu bersempena dengan sambutan Hari Warisan Dunia George Town, galeri ini telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai galeri haji pertama di negara ini.

”Galeri Haji Pulau Pinang yang dibuka hampir sembilan tahun lalu merupakan satu-satunya galeri haji seumpamanya di Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di Galeri Haji Pulau Pinang, di sini hari ini.

Majlis penganugerahan sijil MBOR itu diadakan di Galeri Haji Pulau Pinang di Lebuh Acheh dan ia disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong Hong Wai kepada Mohd Fitri dan disaksikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Menurutnya, keunikan utama muzium itu terletak pada bangunannya iaitu No 87 Lebuh Acheh yang pernah digunakan sebagai pusat haji dan pejabat urusan jualan tiket kapal haji yang telah beroperasi dari tahun 1828 hingga tahun 1960-an.

“Selain itu, Galeri Haji Pulau Pinang juga terletak di dalam core zone Tapak Warisan Dunia, George Town.

“Malah lokasi Lebuh Acheh pula dikenali sebagai Little Jeddah pada masa tersebut kerana menjadi pusat berkumpul jemaah haji sebelum berlepas menaiki kapal haji di Pelabuhan Pulau Pinang,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI