fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 7 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal melanda di tujuh negeri pagi ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook rasminya berkata, antara kawasan berisiko adalah di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

“Bagi negeri Terengganu pula merangkumi kawasan Dungun dan Kemaman,” jelas laporan itu.

Selain itu, di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin serta beberapa daerah sekitar Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Dalam laporan sama, MetMalaysia meramalkan keadaan cuaca buruk itu turut berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa, Betong dan Kabong), Sarikei (Pakan dan Julau) dan Sibu (Kanowit).

“Di Sabah, hujan lebat serta ribut petir hanya tertumpu sekitar Pedalaman (Kuala Penyu) dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan pagi ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI