fbpx

Penunggang motosikal cedera parah dirempuh pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kedua-kedua buah kenderaan setelah terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi. Foto Ihsan: PDRM

PETALING JAYA – Penunggang motosikal cedera parah setelah dilanggar pemandu kereta mabuk di Jalan Lapangan Terbang Sultan Aziz, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan terbabit pada pukul 3.34 pagi tadi.

Katanya, kemalangan yang berlaku di sekitar Lapangan Terbang Sultan Aziz menghala ke bulatan lapangan terbang berkenaan melibatkan pemandu kereta jenis Honda City dan penunggang motosikal jenis Honda RS150.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku lebih kurang 3 pagi apabila pemandu kereta yang berusia 31 tahun telah hilang kawalan sebelum merempuh penunggang motosikal tersebut.

“Penunggang motosikal telah mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan manakala pemandu tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kemalangan terbabit, mangsa difahamkan masih berada di hospital kerana kecederaan parah yang dialaminya.

Sementara itu, suspek disahkan berada di bawah pengaruh alkohol manakala kes disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Juwita Selamat di talian 019-2841667,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI