fbpx

Arsenal, United berebut beli bintang meningkat naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRIMPONG akan menjadi sasaran rebutan antara Arsenal dan United pada jendela perpindahan pemain musim panas ini.

LONDON – Sebaik mendapatkan khidmat pemain tengah West Ham United, Declan Rice, Arsenal nampaknya masih belum selesai memburu pemain baharu pada jendela perpindahan musim panas kali ini.

Terbaharu, The Gunners dilaporkan mahu merampas sasaran utama Manchester United, Jeremie Frimpong dalam usaha mereka mengukuhkan posisi pertahanan menjelang saingan musim baharu 2023/24.

Frimpong yang merupakan bek kanan Bayer Leverkusen menjadi antara pemain rebutan pada jendela perpindahan kali ini dan Arsenal mungkin menjadikan kelayakan ke Liga Juara-Juara sebagai umpan bagi mendapatkan khidmatnya.

Selain itu, Leverkusen juga sedia untuk melakukan rundi­ngan dengan mana-mana pasukan berminat sekiranya mereka dapat memenuhi permintaan £35 juta (RM206.46 juta) yang dile­takkan ke atas Frimpong.

Difahamkan, pasukan Bundes­liga itu juga sudah mendapatkan pemain Atletico Mineiro, Arthur sebagai persediaan awal sekiranya mereka kehilangan khidmat Frimpong pada jendela perpindahan kali ini.

Arsenal dilihat sebagai pasukan pilihan bagi mendapatkan khidmat Frimpong memandang­kan United berada dalam ­situasi tidak menentu kerana proses ambil alih kelab tersebut masih belum selesai.

Untuk rekod, sejak menyertai Leverkusen dari Celtic pada pertengahan musim 2020/21, Frimpong sudah melakukan 95 penampilan dan berjaya menja­ringkan 11 gol selain melakukan 20 umpanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI