fbpx

Isu rasuah permohonan warganegara: SPRM terima nama pegawai JPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menerima nama pegawai Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) yang dipercayai meminta sejumlah wang bagi kelulusan permohonan warganegara.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan meneliti maklumat itu terlebih dahulu untuk siasatan selanjutnya.

“Nama itu (pegawai JPN) telah diberi dan pegawai saya sudah menerima nama. Biar saya periksa dahulu maklumat itu termasuk berapa ramai dan sebagainya. Kami tidak akan menangguhkan siasatan kes ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM 2023 di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang akhbar berasingan mengesahkan sudah menyerahkan nama seorang pegawai JPN bagi membantu siasatan kes itu.

Berhubung isu ahli politik melindungi sindiket judi atas talian pula, Azam berkata, kes itu masih dalam siasatan dan maklumat berkaitan mengenainya tidak boleh dikongsi buat masa ini.

“Pegawai-pegawai saya sedang mendapatkan maklumat dan mengambil keterangan berhubung perkara itu,” katanya.

Sebelum ini, Azam mengesahkan lebih daripada seorang ahli politik disyaki melindungi kegiatan judi haram dalam talian di negara ini dan ia kini dalam radar siasatan SPRM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI