HANOI – Penduduk Vietnam makan mi segera lebih kerap berbanding rakyat negara serantau yang lain dengan 8.48 bilion hidangan dinikmati mereka pada tahun lepas, lapor laman berita VNEXPress semalam.
Menurut Persatuan Mi Segera Sedunia, Vietnam menduduki tempat ketiga daripada 56 buah negara yang paling banyak makan mi segera.
Secara purata, setiap penduduk Vietnam makan 85 hidangan atau satu setiap empat hari.
Sementara itu, China menduduki tempat pertama dengan 45 bilion hidangan, diikuti dengan Indonesia iaitu 14.2 bilion hidangan.
Negara lain yang memasuki carta teratas adalah India, Jepun, Amerika Syarikat, Filipina, Korea Selatan, Thailand dan Brazil .
Dalam pada itu, Malaysia menduduki tempat ke-14 apabila rakyatnya makan 1.5 bilion mi segera dengan perisa kari dan tom yam menjadi pilihan utama. – AGENSI