fbpx

Philipsen menang buat kali kedua berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKUMPULAN pelumba melakukan pecutan terakhir ke garisan penamat sehingga ada beberapa pelumba terjatuh pada peringkat keempat TdF di Nogaro semalam. – AFP

NOUVELLE-AQUITAINE, Perancis – Pelumba Alpecin-Deceuninck, Jasper Philipsen muncul sebagai pemenang pada hari kedua dalam keadaan huru-hara dengan kemalangan pada pering­kat keempat Tour de France (TdF) di Nogaro semalam.

Pelumba dari Belgium itu se­kali lagi dibantu dengan sempurna oleh rakan sepasukannya, Mathieu van der Poel, sekali gus mengetepikan pelumba Austra­lia, Caleb Ewan untuk kedudukan kedua dan Phil Bauhaus dari Jerman di tempat ketiga.

Pelumba Britain, Mark Caven­dish yang memburu kemena­ngan serta cuba memecah rekod juara peringkat buat kali ke-35 berada jauh di tempat kelima perlumbaan.

Seorang lagi pelumba Britain, Adam Yates masih mengekalkan jersi kuning sebagai pendahulu keseluruhan TdF selepas melalui empat peringkat.

Adam berada enam saat di hadapan saudara kembarnya, Simon dan juara TdF sebanyak dua kali, Tadej Pogacar.

Terdahulu, pada tiga kilo­meter terakhir perlumbaan pe­ringkat sejauh 181.8 kilometer (km) itu, laluan agak rata bahkan ruang jalan semakin lebar dan lurus sepanjang 800 meter (m) menuju ke garisan penamat.

Disebabkan itu, persaingan sengit berlaku hingga menyebabkan ada pelumba terjatuh dalam tiga kemalangan berasingan sebelum Van der Poel cuba memecut mengejar Philipsen, 25, seperti di Bayonne 24 jam sebe­lumnya.

Cavendish, yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam kelmarin berada di ruang terbaik untuk mencabar ke garisan penamat, namun bertindak lewat untuk melakukan serangan.

“Ibarat pembunuhan be­ramai-ramai. Setiap pasukan pasti mempunyai rancangan untuk saingan akhir ke garisan penamat dan saya percaya tiada strategi yang berjaya, kecuali sekiranya pasukan Jumbo-Wisma membawa pelumba mereka ke jalan yang sempit.

“Saya sedang menunggu. Pada satu ketika saya fikir dalam jarak 350 meter, mungkin saya akan lakukan pecutan bagi mengurangkan had jarak.

“Inilah saingan jelajah. Anda perlu buat pertaruhan. Saya menunggu mereka memecut tetapi mereka tidak lakukan, sebaliknya berubah laluan dan saya cuba mendapatkan kedudukan sebaik mungkin,” kata Cavendish.

Philipsen kini mempunyai empat kemenangan peringkat untuk TdF, namun kali ini pelumba Alpecin-Deceuninck tidak dapat meraikan kejayaan ketika melintasi garisan kerana saingan sengit sehingga penamat.

“Ia sangat hampir, namun pada akhirnya saya gembira pe­nganjur berjaya mengesahkan kemenangan dengan cepat sekali,” kata Philipsen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI