PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta kerabat diraja Terengganu atas kemangkatan Tengku Norhana Fatihah Almarhum Sultan Mahmud, semalam.
Turut menzahirkan ucapan takziah di atas kemangkatan Almarhumah yang merupakan adinda kepada Sultan Mizan, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Istana Negara dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Almarhumah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarganya sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Almarhumah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal oleh,” menurut kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE