fbpx

PRN: Tempoh paling panjang dalam sejarah – Kon Yeow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Tempoh yang diberikan sebelum tarikh penamaan calon iaitu sebulan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang merupakan suatu tempoh yang paling panjang dalam sejarah Pilihan Raya Negeri (PRN) di negara ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, dalam tempoh itu, semua parti boleh menyempurnakan segala persiapan sebelum penamaan calon dijalankan.

“Saya menganggap tempoh yang diberikan sebelum tarikh penamaan calon iaitu sebulan selepas pembubaran DUN Pulau Pinang merupakan suatu tempoh yang paling panjang dalam sejarah PRN di negara kita.

“Bagi tempoh 14 hari untuk kempen sebelum hari pembuangan undi, walaupun menyerupai tempoh yang diberikan sebelum ini, ia adalah mencukupi yang mana banyak kerja-kerja berkaitan boleh dilaksanakan sebelum tarikh penamaan calon,” katanya di sini hari ini.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi pilihan raya negeri (PRN) serentak di enam negeri pada 12 ogos depan, manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai serta pengundian awal pada 8 Ogos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI