fbpx

Untung sikit-sikit tetap kena berniaga jual nasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang peniaga melayan pelanggannya yang membungkus makanan untuk makan tengah hari di sebuah gerai di Petaling Jaya semalam.

KUALA LUMPUR – Ramai penjaja memilih untuk mengekalkan harga makanan terutama nasi bungkus walaupun berdepan dengan kos bahan mentah yang tinggi sekarang.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kebanyakan penjaja di sekitar ibu kota terus berniaga meskipun terkesan dengan kenaikan harga barang.

Menurut seorang penjaja, Zulfazli Baharudin, 36, lonjakan harga sayur menyebabkan keutungan yang didapati jauh lebih rendah berbanding biasa.

“Saya memang terkesan akibat kenaikan harga barang. Baru-baru ini, harga sayur-sayuran seperti cili naik hampir dua kali ganda, jadi saya terpaksa menye­rap kerugian tersebut.

“Saya cuba kekalkan harga serendah mungkin. Sebungkus nasi, sayur dan ikan saya akan jual RM7 supaya tidak bebankan pembeli,” katanya.

Tambah Zulfazli, kebanyakan pelanggan memilih untuk membawa bekal ke tempat kerja untuk berjimat dan tidak lagi membeli lauk daripada penjaja.

“Dulu, saya pernah naikkan harga, tetapi saya rasa serba salah terhadap pelanggan.

“Jadi sekarang, saya cuba kekalkan harga. Kalau untung-untunglah, rugi rugilah,” katanya.

Menurut penjual taufufa, Za­badi Suhaimi, 25, kenaikan harga gula dan juga minyak sedikit sebanyak telah menjejaskan pendapatan hariannya.

Jelasnya untuk mengekalkan harga lama memang sukar memandangkan semua bahan mentah naik mendadak.

“Saya terpaksa bekerja dari pukul 7 pagi sehingga 5 petang setiap hari jika ingin mendapatkan keuntungan.

“Kadang-kadang, saya bertukar-tukar barang niaga dengan penjaja lain supaya dapat jimat belanja harian makan,” katanya.

Bukan itu sahaja, tambah Za­badi yang berniaga berdekatan transit aliran ringan (LRT), pendapatannya turut akan terjejas jika perkhidmatan itu tergendala.

“Kalau LRT rosak, saya akan tiada pelanggan kerana tiada orang akan lalu lalang di sini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI