fbpx

Ramai usik nak jadi menantu Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon, Erra Fazira bersama anaknya, Aleesya.

KEJELITAAN pelakon Erra Fazira yang pernah memakai mahkota Miss Malaysia 1992 sememangnya diwarisi anak tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran.

Tidak hairan setiap kali memuat naik gambar mahu pun video, ramai memuji kecantikan paras rupa anak gadis yang baharu mencecah 14 tahun itu.

Saling tidak tumpah seperti ibunya, Engku Aleesya juga memiliki ketinggian yang sesuai untuk bergelar model.

Terbaharu, video aktres yang mendapat jolokan primadona filem Melayu alaf baharu itu bersama puterinya meraih perhatian ramai.

Bukan aksi tarian mereka dalam laman sosial yang menjadi tumpuan, sebaliknya kecantikan Engku Aleesya dibincangkan peminat.

Dalam ruangan komen ada dalam kalangan netizen bergurau dengan secara berani menawar diri menjadi menantu kepada bintang filem Sembilu.

Amboi-amboi, dah bersedia fizikal dan mental ke nak sunting anak dara Engku Emran tu?

Mizz Lahar: Anak dara Che Ta pun terserlah kecantikannya persis si ibu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI