fbpx

Ramai doa Awie, Rozana jalin hubungan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Awie dengan dua anaknya (tengah) yang sudah lapan tahun terpisah dek masalah keluarga.

RAMAI gembira dan bersyukur dengan berita pertemuan penyanyi tersohor, Datuk Awie dengan dua anaknya yang sudah lapan tahun terpisah dek masalah keluarga.

Pertemuan tersebut sekali gus meleraikan rindu selepas sekian lama.

Kehadiran Aidiladha tahun ini nyata membawa seribu rahmat buat keluarga vokalis Wings itu apabila perjumpaan tersebut juga disertai bekas isterinya, Rozana Misbun.

Seperti dikatakan ikon rock yang juga bapa kepada enam anak itu, kisah tersebut diharapkan menjadi permulaan baharu dan detik manis buat mereka sekeluarga.

Paling penting, tiada lagi isu lampau diungkit kembali.

Sebagai pemerhati, Mizz Lahar yakin orang ramai menghormati permintaan Awie. Marilah kita sama-sama teruja melihat kebahagiaan keluarganya.

Semoga dua permata hatinya, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha sentiasa di sisinya, dan kita doakan hubungan dengan Rozana kekal baik.

Mizz Lahar: Nampaknya seorang selebriti popular sudah kembali bermasam muka dengan ahli keluarganya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI