fbpx

Frankie, Denti, Grouse dan Lady cari mangsa Jeram Mawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Frankie dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih hari ini. -PUQTRA HAIRRY

KEMAMAN – Empat ‘hero’ tragedi tanah runtuh Batang kali akhir tahun lalu turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, dekat sini sejak Isnin lalu.

Empat ekor anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) iaitu Frankie, Denti, Grouse dan Lady digerakkan bagi membantu mencari mangsa sejak hari kedua operasi SAR dilakukan.

Penyelia Operasi Unit Pengesan K9 JBPM, Lacey Elizabeth Stanley berkata, keempat-empat anjing K9 itu ditugaskan menyertai SAR berikutan kepakaran mencari mangsa hidup dan mayat.

“Anjing ini sememangnya terlatih untuk mengesan mayat di dalam air mahupun darat.

“Haiwan tersebut mempunyai deria bau yang lebih sensitif dan ia akan menyalak atau bersikap lebih agresif sekiranya mengesan objek yang disyaki manusia, sebagai isyarat penemuan mangsa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Lacey berkata, Denti, anjing daripada baka Labrador dan Frenkie daripada baka English Springer Spaniel, masing-masing yang sudah enam tahun berkhidmat.

“Kedua-dua anjing pernah diterbangkan ke Turkiye selama 14 hari pada Februari lalu bagi membantu operasi khas SAR gempa bumi yang meragut kira-kira 50,000 nyawa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI