fbpx

Sindiket ‘phone scam’ di Kedah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol menunjukkan sebahagian peralatan yang digunakan sindiket 'phone scam' selepas menyerbu sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Mergong 2, Alor Setar, Kedah pada Isnin lalu. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Polis Kedah berjaya menumpaskan satu sindiket ‘phone scam’ selepas menahan 54 suspek termasuk warga asing dalam serbuan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Mergong 2, di sini pada Isnin lalu.

Mereka yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun termasuk dua lelaki Bangladesh, 19 lelaki Taiwan, seorang wanita Taiwan dan 29 lelaki China.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memberitahu, penahanan kira-kira pukul 6 petang itu turut melibatkan tiga warga tempatan dipercayai dalang kes tersebut.

Katanya, kilang berkenaan disyaki dijadikan sebagai pusat panggilan kegiatan penipuan itu.

“Sindiket yang dipercayai beroperasi sejak empat bulan lalu ini menggunakan modus operandi sama dengan sindiket lain iaitu antaranya menyamar sebagai pegawai kastam, pegawai bank dan polis. Mereka menggunakan skrip yang sama untuk memperdaya mangsa seperti mendakwa akaun bank mangsa sedang disiasat dan wang mereka akan dibekukan atau hilang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Kata beliau, bagi mengelak wang tersebut hilang, mangsa akan diminta untuk memindahkannya ke dalam akaun diberi sindiket.

“Dengan penangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan 125 kes penipuan yang dilakukan sindiket,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI