PETALING JAYA – Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga buah kenderaan darat ditahan pihak berkuasa menerusi Operasi Benteng semalam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Operasi Benteng semalam juga menyaksikan sebanyak 298 sekatan jalan raya (SJR) turut dilaksanakan semalam.
“Sebanyak 157 SJR melibatkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (132) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (sembilan),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.
“Agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya. – K! ONLINE