KUALA LANGAT – Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan parit berhampiran Dewan Persatuan Penduduk Teluk Bunut, Banting di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 8.59 pagi.
“Setibanya di lokasi, mayat seorang lelaki ditemui terdampar di dalam parit berkedalaman hampir satu meter tersebut.
“Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai berusia lingkungan 40-an dan identiti sebenar belum dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah beliau, mayat itu kemudian berjaya dibawa naik dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE