fbpx

Cuaca cerah seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah diramal di seluruh negara pada pagi ini.

Ramalan tersebut dibuat susulan tiada sebarang laporan cuaca buruk dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 9 pagi hari ini.

Namun, MetMalaysia sebelum ini memaklumkan bahawa negeri-negeri di utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri dijangka mengalami angin baratan yang bertiup kencang dari 1 hingga 5 Julai ini.

Situasi itu berpotensi menyebabkan berlakunya ribut petir dan hujan lebat beserta angin kencang di negeri-negeri berkenaan selain Kelantan dan Terengganu yang dijangka turut terkesan akibat fenomena yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI