fbpx

PN yakin pertahan tiga negeri, saingan sengit di P. Pinang dan rampas Selangor, N. Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Faizal ketika ditemui pemberita di Seremban hari ini. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Perikatan Nasional (PN) yakin akan mempertahankan kerajaan negeri di Kelantan, Terengganu dan Kedah serta memberi saingan sengit di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, gabungan parti politik itu juga dijangka mengambil alih kerajaan negeri di Selangor dan Negeri Sembilan yang kini diterajui Pakatan Harapan (PH).

Bekas Ahli Parlimen Tambun itu berkata, jangkaan itu berdasarkan kepada sentimen pengundi di peringkat akar umbi yang kecewa dengan kerjasama erat antara UMNO dan DAP serta bibit perpecahan dalam parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Saya melihat dan membaca pelbagai analisis serta kajian yang dibuat oleh banyak pihak berkaitan parti yang akan menang dalam PRN kelak.

“Namun sentimen di bawah terutamanya dalam kalangan orang Melayu terhadap parti yang memerintah terutamanya Barisan Nasional (BN) semakin pudar dan mereka telah sedia untuk beralih arah,” katanya kepada para pemberita dalam Majlis Minum Petang Bersama Peja di sini petang tadi.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Rundingan Kerusi mewakili Bersatu berkata, perpecahan yang berlaku antara PH dan BN kini semakin jelas dan tidak mampu diselindungi lagi.

Jelasnya, percaturan pembahagian kerusi antara gabungan itu lebih banyak mengundang masalah berbanding kerjasama erat yang sering dilaung-laungkan.

Menurutnya, masalah itu telah memberi kelebihan kepada PN bukan saja di Negeri Sembilan, tetapi di semua enam negeri yang mengadakan PRN. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI