fbpx

10 pasukan bakal berentap dalam Kejohanan Badminton Terbuka Allianz-Media 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan badminton Allianz Malaysia menjalani sesi latihan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Badminton Terbuka Allianz-Media 2023.

PETALING JAYA – Sebanyak 10 pasukan bakal merebut gelaran juara dalam Kejohanan Badminton Terbuka Allianz-Media 2023 yang akan berlangsung esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang berkata, kejohanan edisi ketiga itu antara yang dinantikan selain memberi peluang untuk melibatkan diri dengan rakan media.

“Kejohanan media tahunan ini adalah sesuatu yang dinantikan kerana ia memberi kami peluang untuk melibatkan diri dengan rakan media.

“Pasukan badminton Allianz Malaysia juga telah menjalani sesi latihan terakhir di Arena Sukan Sentosa baru-baru ini sebagai persediaan.

“Seperti yang selalu saya katakan, bekerja keras, bermain bersungguh-sungguh dan kami menantikan kejohanan yang lebih besar pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kejohanan tahun ini menampilkan sebanyak 10 pasukan termasuk Allianz Malaysia yang menghantar dua pasukan, berbanding edisi tahun lalu dengan tujuh pasukan.

“Tambahan baharu ialah Bernama dan Malaysiakini yang membuat kemunculan semula pada tahun ini. Pasukan lain yang turut serta adalah The Star, New Straits Times, China Press, Kosmo!, Astro dan Sinar Harian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI