fbpx

Suami isteri edar pil kuda, tanam pistol di halaman rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kiri) menunjukkan sepucuk pistol yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri yang terlibat dengan kegiatan pengedaran sebanyak 5,770 biji pil kuda bernilai RM63,470 dicekup selepas kereta yang dinaiki mereka ditahan di Kampung Sering, Tok Ku di sini semalam.

Kereta yang dinaiki lelaki berusia 27 tahun bersama isterinya berusia 33 tahun yang merupakan warganegara Thailand itu ditahan kira-kira pukul 11.10 malam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, anggota polis menjalankan pemeriksaan di dalam kereta itu sebelum menemui sebahagian pil kuda bersama kedua-dua suspek.

Menurutnya, polis kemudiaannya menjalankan serbuan di rumah suspek di kampung yang sama dan menjumpai sebahagian lagi dadah.

“Pemeriksaan di bahagian dinding konkrit di halaman rumah suspek kemudiannya menemui sepucuk Revolver .38 S&W Special CTG yang ditanam dalam tanah.

“Siasatan mendapati pasangan terbabit menggunakan pistol tersebut untuk menjalankan kegiatan pengedaran dadah. Senjata api itu dan kesemua dadah itu dipercayai diseludup dari Thailand,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, polis turut menyita sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ yang dianggarkan bernilai RM5,000.

Katanya, suspek lelaki direman selama tujuh hari manakala isterinya enam hari masing-masing bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, pihaknya merampas 125 liter air ketum yang dianggarkan bernilai RM1,250 selepas menahan tiga lelaki masing berusia 27 hingga 32 tahun di hadapan sebuah rumah di Kampung Padang Embong, Pasir Mas semalam.

Katanya, kesemua air ketum yang dirampas itu boleh digunakan oleh seramai 125 orang penagih sekiranya ia terlepas ke pasaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI