fbpx

Arsenal bida bintang Real Madrid Tchouameni bernilai £77.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL menolak peluang untuk menandatangani Lavia dari Southampton kerana mahu memburu Tchouameni dari Real meskipun sedar harganya lebih mahal. - AFP

LONDON – Arsenal bersedia melepaskan peluang menandatangani Romeo Lavia dari Southampton apabila kini dilaporkan mahu mendapatkan pemain tengah bertahan Real Madrid, Aurelien Tchouameni.

Ia sekali gus membuka peluang buat Liverpool untuk menyambar khidmat Lavia yang dilaporkan sedia dijual oleh Southampton dengan harga sekurang-kurangnya bernilai £50 juta (RM295.95 juta).

Difahamkan, Real kini mempertimbangkan hasrat untuk menjual Tchouameni yang mempunyai harga pasaran £68.7 juta (RM406.64 juta) disebabkan kehadiran Jude Bellingham dari Borussia Dortmund baru-baru ini.

Situasi itu menarik minat The Gunners yang perlu membuat tawaran dikatakan berjumlah £77.3 juta (RM457.54 juta) kepada Real jika mahu mendapatkan servis pemain antarabangsa Perancis tersebut.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta merasakan Tchouameni, 23, adalah calon tepat untuk berganding dengan kapten West Ham United, Declan Rice yang hanya menanti masa melengkapkan perpindahannya ke Stadium Emirates.

Pada masa sama, kem Arsenal merasakan mereka mampu mendapatkan semula dana itu menerusi penjualan Granit Xhaka ke Bayer Leverkusen berjumlah £21.5 juta (RM127.26 juta) dan Thomas Partey ke Arab Saudi.

Jika berjaya, Tchouameni bakal menjadi pembelian keempat Arsenal dalam jendela perpindahan ketika ini selepas Rice, Kai Havertz (Chelsea) dan Jurien Timber (Ajax).

Sebagai rekod, Tchouameni telah beraksi sebanyak 50 perlawanan dalam semua kejohanan bersama Real musim lalu selepas berhijrah dari AS Monaco pada Jun tahun lalu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI