fbpx

Tiada keputusan tingkatkan tarif air di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan untuk meningkatkan tarif air di Selangor sehingga kini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tarif air adalah perkara dasar yang memerlukan keputusan dan kelulusan pentadbiran negeri.

Katanya, fokus utama pentadbiran ini adalah untuk menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat.

“Kerajaan negeri komited untuk memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan air kepada lebih 8.4 juta penduduk di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya terus diperkukuhkan,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Media terdahulu melaporkan tarif air pengguna domestik di Selangor dijangka dinaikkan tahun ini bagi menampung kos operasi dan perbelanjaan modal.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abas Abdullah dilaporkan berkata, semakan semula tarif perlu dilaksanakan pada kadar berpatutan selepas 17 tahun tiada sebarang kenaikan dikenakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI