fbpx

Vietnam haramkan tayangan filem Barbie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Barbie yang dibintangi oleh aktres Margot Robbie sebagai anak patung sepatutnya ditayangkan di Vietnam pada 21 Julai ini. - Warner Bros.

HANOI – Pihak berkuasa Vietnam mengharamkan tayangan filem Hollywood, Barbie selepas lembaga penapisan filem menyatakan ia memaparkan adegan peta Laut China Selatan yang memihak kepada China, lapor laman berita RT.

“Lembaga semakan filem yang menontonnya (Barbie)  membuat keputusan untuk mengharamkan tayangannya di Vietnam kerana pelanggaran garisan sembilan sempang (sempadan di Laut China Selatan),” kata Pengarah Jabatan Pawagam negara itu, Vi Kien Thanh kepada media tempatan, Dan Tri.

Barbie yang dibintangi oleh aktres, Margot Robbie sebagai watak utama anak patung itu serta Ryan Gosling sebagai teman lelakinya, Ken, sepatutnya ditayangkan di Vietnam pada 21 Julai ini.

Namun,  ia tidak akan ditayangkan selepas Hanoi membuat keputusan pengharaman tersebut.

Pelbagai adegan dalam filem Barbie memaparkan sempadan maritim yang menyinggung perasaan, lapor akhbar Tien Phong. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI