fbpx

Tragedi kepala air: Mayat korban kelapan ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat Putri Alleya Maisarah di pusat kawalan operasi di Air Putih hari ini

KEMAMAN – Satu lagi mayat dipercayai korban kelapan mangsa tragedi kepala air Jeram Awam, Air Putih dekat sini dijumpai sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat perempuan tersebut dikenalpasti sebagai Putri Alleya Maisarah Karim, 16.

“Mayat mangsa ditemui di kawasan beting pasir kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 3 petang. Kawasan beting pasir itu ditenggelami air sewaktu kejadian kepala air pada Sabtu lalu,” katanya di Air Putih di sini hari ini.

Hanyan berkata, lokasi tersebut cuma 500 meter dari tempat penemuan mayat kedua iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim pada pukul 5 petang, kelmarin.

Kosmo! hari ini melaporkan enam sekeluarga iaitu pasangan suami isteri, Karim Abdullah, 39, dan Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka yang menjadi mangsa tragedi kepala air terbabit telah dijumpai semalam.

Mayat ketujuh, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, pula ditemui di belakang Masjid Dadong di sini pada pukul 7.45 pagi.

Dua lagi mangsa yang masih hilang ialah Putri Nor Fatin Karim dan Muhammad Fikri Saliman, 24, yang merupakan tunang Putri Balqis Izzati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI