fbpx

Imigresen tidak kompromi pegawai terlibat rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai didapati terlibat rasuah sama ada yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) atau mana-mana pejabat imigresen di seluruh negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya juga tidak melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah serta akan mengambil tindakan di peringkat jabatan mengikut undang-undang sedia ada.

“JIM menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan ini kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jabatan ini sentiasa berhubung,berbincang dan berkongsi maklumat dengan SPRM untuk membantu proses siasatan lebih telus tanpa sebarang gangguan daripada pihak luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, JIM juga komited dalam menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga pelawat asing yang memasuki Malaysia.

“Jadi, jika terdapat pegawai imigresen yang didapati bersalah, kami tidak akan melindungi pegawai tersebut serta akan mengambil tindakan di peringkat jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI