fbpx

[VIDEO] Haiwan nyawa-nyawa ikan disembelih tidak boleh dimakan – Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video UAI yang tular di laman TikTok.

PETALING JAYA – Haiwan yang sudah berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan tidak sah disembelih dan tidak boleh dimakan.

Itu adalah penjelasan daripada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berikutan video tular mengenai haiwan ternakan yang dikatakan sudah mati sebelum disembelih tempoh hari.

Menurut UAI, syarat sah sembelih ialah haiwan tersebut mesti berada dalam keadaan hayah mustaqirah.

“Hayah mustaqirah bermaksud haiwan sembelihan tersebut hidup sama seperi haiwan yang lain.

“Tidak sah sembelihan sekiranya haiwan sudah sampai ke tahap hayah mazbuh. Ini bermaksud, haiwan tersebut sedang menunggu masa untuk mati,” katanya.

Jelas UAI, contoh haiwan sembelihan yang tergolong dalam kumpulan hayah mazbuh ialah haiwan yang mati terkena renjatan elektrik.

“Kalau sembelih, haiwan ini tidak boleh dimakan kerana ia dikira bangkai.

“Dalam bahasa kita, hayah mazbuh ini dikira nyawa-nyawa ikan,” katanya.

Tambah UAI, sekiranya lembu tersebut dilanggar kenderaan, perlu diperiksa terlebih dahulu sama ada ia berada dalam kumpulan hayah mustaqirah atau masbuh.

“Kalau lembu tersebut berada dalam keadaan hayah mustaqirah atau patah kaki sahaja dan kemudiannya disembelih, ia boleh dimakan.

“Tetapi kalau disembelih ketika haiwan tersebut dalam keadaan hayah masbuh atau nyawa-nyawa ikan, ia tidak boleh dimakan,” jelasnya.

Kata UAI, haiwan yang berada dalam keadaan hayah mustaqirah akan menggelupur dan memancut darahnya ketika disembelih.

“Kalau dalam keadaan hayah masbuh, haiwan tersebut tidak bergerak dan darahnya hanya menitis.

“Merujuk kepada video tular di media sosial tempoh hari, lembu tersebut tidak boleh dimakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@ustaz.azhar.idrus VIRAL Sembelih Lembu Qurban Yang Telah Mati – Ustaz Azhar Idrus #uai #ustazazharidrus #ustazazharidrusofficial #qurban #uaitube #lembu ♬ original sound – Ustaz Azhar Idrus

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI