fbpx

22 saksi kekecohan babit menteri di KLIA dirakam percakapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar.

PETALING JAYA – Polis telah merakam percakapan 22 saksi berhubung insiden kekecohan membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, saksi berkenaan terdiri daripada empat pengadu, 12 pegawai Imigresen, empat pegawai polis bantuan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan pekerja syarikat ejen pelancongan.

“Kami menerima empat laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu. Setakat ini, kes itu belum lagi diklasifikasikan mengikut mana-mana Seksyen kesalahan dengan kertas inkuiri polis (KEP) dibuka.

“KEP bagi kes ini akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, hari ini untuk pandangan dan keputusan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, tular satu laporan mengenai seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan KLIA bagi melepaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Ekoran laporan itu, Datuk Seri Tiong King Sing mengakui dirinya adalah menteri yang dikaitkan dengan kejadian itu dan mendakwa kehadirannya telah membongkar kewujudan budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara.

King Sing mendakwa, terdapat pegawai Imigresen yang meminta wang sekiranya pelancong asing yang ditahan mahu dilepaskan.

Dalam pada itu, King Sing turut menafikan dakwaan bahawa kehadirannya adalah untuk melepaskan pelancong asing yang ditahan pihak imigresen.

Jelas beliau, apa yang berlaku adalah pelancong terbabit telah ditahan tanpa sebab meskipun memiliki dokumen perjalanan yang lengkap.

Mengulas lanjut, beliau akan menyerahkan kesemua maklumat itu kepada SPRM untuk siasatan bagi memulihkan imej Malaysia terutama di pintu masuk negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI