PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Allahyaraham Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.
“Terima khabar duka bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh telah kembali ke rahmatullah.
“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 12.07 tengah malam tadi, pada usia 80 tahun.
Anwar berkata, jasa dan pengorbanan Allahyarham kepada negara dan negeri Sabah khususnya akan sentiasa dikenang buat selamanya. – KOSMO! ONLINE