fbpx

Pantai Morib dibuka semula selepas dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini Pantai Morib, Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Kawasan Pantai Morib yang sebelum ini ditutup selama dua minggu bermula 15 Jun lalu akibat dibadai ribut telah dibuka semula kepada para pengunjung, semalam.

Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berkata, keputusan tersebut hasil perbincangan dilakukan wakil jabatan MPKL yang terlibat membuat penilaian pembersihan pasca bencana ribut yang melanda pantai tersebut baru-baru ini.

Katanya, sebanyak 65 pokok tumbang telah dibersihkan dan pembersihan di kawasan Banglo Sri Pantai masih dalam tindakan pembersihan.

“Sebahagian tunggul pokok tumbang tidak dapat dibersihkan sepenuhnya kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kerosakan struktur lain seperti longkang dan laluan pejalan kaki. Bagaimanapun, ia tidak menyebabkan kacau ganggu kepada pengunjung.

“Namun para pengunjung tetap diingatkan untuk mengutamakan keselamatan sepanjang berada di Pantai Morib,” katanya di sini, hari ini.

Kosmo! pada 15 Jun lalu melaporkan kawasan rekreasi di Pantai Morib akan ditutup lebih dua minggu bagi kerja-kerja pemulihan selepas lokaliti dibadai ribut kira-kira pukul 5 pagi dan mengakibatkan 65 pokok tumbang selain menyebabkan kerosakan infrastruktur dan bumbung rumah rosak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI