fbpx

Mahu kerja dengan saya? Panggil tuan – Ahmad Iqbal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usahawan yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkelfi mengingatkan bakal pekerjanya memanggil gelaran 'tuan' atau 'encik'. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – “Jangan panggil abang Iqbal, Iqbal, awak atau bos. Panggil encik atau tuan”.

Itu antara syarat yang ditetapkan oleh usahawan yang kini bergelar penyanyi dan pelakon, Ahmad Iqbal Zulkefli kepada mereka yang mahu bekerja di syarikatnya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Iqbal, 29, menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya dalam ruangan soal jawab apabila diminta untuk berkongsi beberapa tips jika mahu bekerja dengannya.

Dalam jawapan yang diberikan, pelakon drama Perempuan Itu memberitahu semasa bekerja, dia lebih memilih untuk dipanggil tuan atau encik, sama seperti panggilan dengan mana-mana majikan.

“Jika secara personal, saya tidak kisah dipanggil begitu (abang Iqbal, Iqbal, awak atau bos). Tapi dalam hal ini (bekerja), panggil encik atau tuan, sama dengan mana-mana majikan pun.

“Tapi jangan pula panggil Datuk, jika tiada pangkat. Ini bukan dianggap pujian, tetapi kita tidak mengkaji,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal juga mengingatkan kepada pemohon supaya tidak memberitahu alasan untuk bekerja kerana mahukan duit bagi membantu keluarga dan membayar hutang kerana dianggap tidak profesional.

“Jangan beritahu mahu kerja sebab perlukan duit nak bantu keluarga dan bayar hutang. Sebab majikan sekarang tidak baik. Jangan beritahu masalah. Ini tidak profesonal,” sarannya.

Bekas pembantu peribadi kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu turut mengingatkan pemohon kerja, supaya mengelak daripada menjawab tidak kisah melakukan apa sahaja kerja, kerana jawapan sebegitu menunjukkan mereka tidak mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang.

“Elak jawapan apa kerja pun saya tidak kisah. Ini menunjukkan anda tiada kepakaran dalam bidang khas. Kita bukan minta kerja di syarikat biasa,” jawabnya.

Iqbal sebelum ini sering menimbulkan pertanyaan orang ramai tentang perniagaan yang dijalankan kerana tidak pernah mendedahkannya secara terbuka.

Bagaimanapun menerusi pendedahan yang dibuat dalam Instagram miliknya sekitar April lalu, Iqbal memberitahu selama ini dia menjalankan perniagaan berasaskan produk penjagaan kulit (skincare) dan minyak wangi.

“Ada dua, produk penjagaan kulit dan minyak wangi. Platform utama saya adalah televisyen dan radio. Jualan secara retail tanpa agen dan stokis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI