fbpx

Dakwaan rasuah KLIA: SPRM ambil keterangan menteri, dua warga China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan tiga saksi termasuk seorang menteri berhubung dakwaan isu rasuah yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Menurut sumber, turut diambil keterangan ialah dua orang saksi utama masing-masing merupakan warga China.

Katanya, satu siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengesahkan perkara berkenaan.

“Beberapa orang pegawai imigresen yang terlibat juga akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung perkara itu hari ini.

“Pada masa sama, SPRM juga telah mengenalpasti seorang individu disyaki menjadi orang tengah dalam ‘menyelesaikan’ kes melibatkan seorang pelancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya tadi.

Jelasnya lagi, pihaknya sedang giat mengesan individu yang merupakan seorang ejen selain dikatakan telah meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Katanya, kes disiasat dibawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

“Saya mengesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan masa bagi SPRM melengkapkan siasatan ini,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, mengakui beliau merupakan individu yang dilaporkan terbabit dalam kekecohan di ruang ketibaan antarabangsa KLIA.

Bagaimanapun, King Sing menafikan tuduhan bahawa kekecohan itu timbul kerana beliau menuntut Jabatan Imigresen membebaskan pelawat dari China.

“Saya bersyukur, kerana kehadiran saya di KLIA telah membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa kronik di pintu masuk negara,” dakwanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI