fbpx

Mbappe minta gaji £206 juta jika mahu khidmatnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE dilaporkan menuntut pakej gaji £206 juta buat mana-mana kelab yang mahu menandatangani khidmatnya.

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dilaporkan meminta pakej gaji bernilai £206 juta (RM1.22 bilion) buat mana-mana pasukan yang mahu menyambar khidmatnya selepas ini.

Ia bermakna penyerang prolifik berusia 24 tahun itu mahukan bayaran gaji mewah berjumlah £893,000 (RM5.29 juta) seminggu selepas membuat keputusan untuk tidak melanjutkan kontraknya bersama PSG.

Menurut akhbar Sepanyol, Marca melaporkan bahawa ibu Mbappe, Fayza Lamari yang mahukan anaknya itu meraih pendapatan tersebut dalam usaha bergelar pemain termahal dunia buat masa ini.

Situasi itu menyaksikan hanya beberapa pasukan mampu menandatangani khidmat Mbappe antaranya gergasi Sepanyol, Real Madrid dan juara trebel musim lalu iaitu Manchester City.

Menariknya, naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal turut dikatakan menyertai perebutan mendapatkan khidmatnya, namun mungkin terpaksa menarik diri kerana tidak mampu memenuhi permintaan kapten Perancis itu.

Pada masa sama, Real juga didakwa mahu menunggu sehingga hujung musim depan untuk menandatangani Mbappe secara percuma apabila kontraknya berakhir pada Jun 2024.

Ia disebabkan Los Blancos juga tidak sanggup memenuhi permintaan ‘tidak masuk akal’ oleh Mbappe yang perlu ­menerima potongan bayaran gaji jika berhijrah ke Santiago Bernabeu selepas ini.

Bagaimanapun, segalanya belum pasti kerana skuad ­bimbingan Carlo Ancelotti itu ‘tempang’ tanpa penyerang ­utama menghadapi saingan La Liga musim depan selepas Karim Benzema menyertai Al-Ittihad di Arab Saudi.

Walaupun menandatangani Joselu dari Espanyol secara ­pinjaman selama semusim tetapi melihat pemain veteran berusia 33 tahun itu lebih berperanan ­sebagai penyerang kedua. – ­AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI