fbpx

Agong, Raja Permaisuri Agong zahir ucapan takziah mangsa tragedi kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa lemas tragedi kepala air di Jeram Mawar, Kampung Air Putih, Chukai, Terengganu semalam.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mangsa tragedi tersebut dan menzahirkan harapan seluruh keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh-roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Seri Paduka Baginda berdua juga menzahirkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan penyelamat serta orang ramai yang menyertai operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa tragedi tersebut,” kata Istana Negara dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Istana Negara memaklumkan, sepuluh mangsa tragedi tersebut ialah Azizah Eiyi, 40, Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, Putri Aryana Umaira Karim, 4 dan Muhammad Fikri Saliman, 24. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI