fbpx

PRN: Bomba periksa pusat mengundi, penjumlahan undi di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian anggota bomba yang hadir pada mesyuarat Penolong Pengarah Operasi Bomba seluruh negara di Hotel The Light, Seberang Jaya, petang tadi.

SEBERANG PERAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah memulakan kerja-kerja pemeriksaan di semua lokasi pusat mengundi dan penjumlahan undi di enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, pemeriksaan itu bertujuan memastikan proses pengundian dan penjumlahan undi di kesemua lokasi berkenaan berlangsung tanpa sebarang masalah atau insiden yang tidak diingini.

“Kita titikberatkan dari segi akses, laluan ke tempat berkenaan (pusat mengundi dan penjumlahan undi) serta pili bomba dan kawasan berhimpun (sekiranya berlaku kebakaran) dan sebagainya.

“Sebagai langkah tambahan, (anggota dari) balai bomba yang terdekat akan berada dalam keadaan ‘standby’ (berjaga-jaga) terutama di pusat penjumlahan undi iaitu dari petang hingga ke malam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Penolong Pengarah Operasi Bomba seluruh negara di Hotel The Light, Seberang Jaya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, JBPM sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan pada hari pengundian itu.

“Kalau nak diikutkan, kita belum lagi menerima jumlah sebenar (lokasi) pusat mengundi dan penjumlahan undi untuk PRN di enam negeri ini. Bagaimanapun, pemeriksaan akan tetap kita jalankan mengikut data yang pernah dikeluarkan sebelum ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI