PETALING JAYA – Ibu kepada pelakon Datuk Aaron Aziz iaitu Juriana Jaafar meninggal dunia malam tadi.
Berita mendukacitakan tersebut dikongsi Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 44, menerusi satu hantaran Instagramnya kira-kira 14 jam lalu.
“Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadat umrahku serta selamatkanlah ibuku, Juriana Jaafar dari seksa kubur dan api neraka.
“Ambillah segala kerja amalku untuk menemani ibuku di alam Barzakh. Dan tempatkanlah ibuku di antara hamba hambaMU yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la.
“Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini,” tulisnya.
Terdahulu, pelakon kelahiran republik Singapura itu berkongsi sekeping foto seperti memberi bayangan ibunya itu sedang tenat dirawat di hospital. – K! ONLINE