fbpx

Arwah bersungguh ajak keluarga beriadah di Jeram Mawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat mengusung mayat mangsa yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman semalam. – PUQTRA HAIRRY

KEMAMAN – Ahli keluarga pengendali jentera berat tidak menyangka kesungguhan lelaki itu membawa isteri dan tujuh anaknya berkelah di Jeram Mawar berakhir dengan tragedi apabila mereka maut dalam tragedi kepala air.

Mangsa, Karim Abdullah, 39, yang berasal dari Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Pahang baru sebulan bekerja mengendalikan jentera berat di sebuah syarikat pembalakan di daerah ini.

Sepupu mangsa, Muhammad Syamsul Musa, 37, berkata, arwah Karim suka memancing di Jeram Mawar yang terletak tidak jauh dari lokasi tempat dia bekerja dan kerap bercerita tentang keindahan kawasan tersebut.

“Cuti Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, dia bersungguh-sungguh mengajak ahli keluarganya untuk berkhemah di kawasan itu,” katanya semalam.

Muhammad Syamsul memberitahu, Karim dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta anak-anak mereka yang berusia empat hingga 18 tahun memasuki Jeram Air Putih dengan menaiki kereta jenis Proton Gen 2 pada pukul 2 petang, Sabtu lalu.

Pasukan penyelamat menguruskan mayat mangsa yang ditemui di Sungai Teladas selepas dihanyutkan dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman semalam. – FOTO PUQTRA HAIRRY

Anak sulung mereka, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, pula menunggang motosikal bersama tunangnya, Muhammad Fikri yang berasal dari Johor.

Sementara itu, bapa Azizah, Eiyi Johari, 60, tergamam sebaik mengetahui mengenai kehila­ngan sembilan ahli keluarganya secara serentak dalam kejadian bencana alam tersebut.

“Saya reda dengan musibah ini,” katanya sugul ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam.

Dua buah kenderaan polis membawa keluar mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman. – FOTO PUQTRA HAIRRY

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan pula memberitahu, kesemua 10 mangsa tersebut dipercayai sedang mandi-manda sewaktu fenomena kepala air melanda Jeram Mawar.

“Mereka gagal menyelamatkan diri apabila kawasan jeram itu ditenggelami kepala air se­tinggi lima meter.

“Kita menemui kereta Proton Gen 2 dan motosikal jenis SYM milik mangsa yang bersalut lumpur di lokasi kejadian,” katanya.

Di Kuantan, Pahang, adik Azizah, Ismail, 36, terselamat dalam kejadian itu selepas menolak ajakan abang iparnya untuk berkhemah kerana mahu berehat di rumah.

“Abang ipar ada ajak saya pergi ke Jeram Mawar, namun saya beritahu ada urusan lain.

Pasukan penyelamat mengusung mayat mangsa dihanyutkan kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman. – FOTO PUQTRA HAIRRY

“Pada Sabtu (hari kejadian) saya tidak ke mana-mana hanya duduk di rumah. Jika pergi ke sana, mungkin saya turut menjadi mangsa,” katanya.

Menurut Ismail, keluarga itu bertolak ke lokasi kejadian dari Felda Lepar Hilir 3 di sini pada Sabtu lalu untuk meman­cing dan berkhemah.

“Abang ipar memang sudah biasa dengan kawasan itu kerana bekerja di situ. Tidak sangka kejadian itu berlaku, sudah ketentuan Ilahi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI