fbpx

Wanita ‘allergic’ teman lelaki, wajah naik ruam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajah Nault dipenuhi ruam merah setiap kali dia bertemu Johnson. - Virginia Nault

BOSTON, Massachusetts – Seorang wanita di negeri Massachusetts menghidap sindrom aneh yang menyaksikan dia alah terhadap teman lelakinya, lapor portal berita Wolipop.

Virginia Nault berkata, wajahnya dipenuhi ruam merah setiap kali dia bertemu lelaki tersebut. 

Menurut Virginia,  22, dia dan kekasihnya,  Steve Johnson berkenalan menerusi aplikasi ‘dating’ dan menjalin hubungan cinta pada Disember 2022.

Selepas mula bertemu, Virginia mengalami ruam pada seluruh wajah serta tubuhnya. Mata wanita itu juga gatal dan bengkak.

“Ada sesuatu pada dirinya yang membuatkan saya mengalami alergi ini,” kata Virginia seperti dipetik akhbar New York Post.

Virginia pada mulanya menganggap ruam yang dialami merupakan alahan bermusim kerana dia mempunyai sejarah ekzema dan masalah  kulit.

Namun,  wanita itu kemudian mendapati  bahawa semakin banyak waktu dihabiskan bersama Johnson, semakin banyak pula  ruam yang muncul pada badannya.

“Apabila saya berada di apartmen Johnson selama beberapa hari, saya akan mengalami ruam yang sangat teruk pada minggu berikutnya. Saya mempunyai alahan terhadap dia,” ujar Virginia.

Tambahnya, meskipun Johnson menukar sabun cuci pakaian, produk kelengkapan mandi dan pewangi, dia masih mengalami keadaan itu.

Ia menguatkan pendapatnya bahawa dia tidak alah pada bahan-bahan tersebut, sebaliknya alah terhadap Johnson.

Sehingga kini, Virginia masih belum mengetahui punca keadaan itu meskipun telah menemui doktor pakar pada Mei lalu. 

Namun, dia dan Johnson masih menanti keputusan dua ujian perubatan bagi mengenal pasti  punca alahan tersebut. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI