fbpx

KBS lantik Jawatankuasa Pertikaian Sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (duduk tengah) bersama ahli-ahli JPS yang dilantik bagi menyelesaikan isu-isu pertikaian badan sukan. - KBS

PETALING JAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited bagi menyelesaikan isu-isu pertikaian badan sukan secara telus dan profesional dengan menubuhkan Jawatankuasa Pertikaian Sukan (JPS).

JPS adalah jawatankuasa bebas bertanggungjawab mendengar dan menyelesaikan pertikaian dirujuk kepadanya apabila ia tidak dapat diselesaikan di peringkat dalaman menggunakan Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan 2022.

“Tugas dan tanggungjawab JPS adalah mendegar dan memberi pandangan terhadap isu-isu berkaitan pertikaian dalaman badan sukan yang dirujuk kepadanya.

“Menyelesaikan aduan-aduan pertikaian yang dirujuk mana-mana anggota badan sukan, mengenal pasti dan mengesyorkan langkah-langkah serta keputusan yang muktamad sepanjang sesi pendengaran berlangsung.

“Selain itu juga mengeluarkan suatu keputusan secara bertulis kepada kedua-dua pihak yang bertikai,” menurut kenyataan daripada KBS.

Selaras dengan kuasa diperuntukkan di bawah seksyen 28(1) Akta 576 dalam Akta Pembangunan Sukan 1997, JPS akan dipengerusikan seorang Pengerusi dan empat ahli yang dilantik oleh Menteri.

Keahlian JPS terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang sukan dan undang-undang menyaksikan Setiausaha Agung Konfederasi Besbol-Sofbol Sedunia dan Presiden Sofbol Asia, Datuk Low Beng Choo dilantik sebagai pengerusi.

Empat ahli lain seperti Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia yang juga Ahli Lembaga Pengurusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa, Datuk Amarjit Singh Gill.

Bekas Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Prof. Datuk Dr. S. Shamala; Naib Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia, Sharon Wee dan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Jady @ Zaidi Hassim.

Pelantikan ahli-ahli JPS dilaksanakan berdasarkan kriteria berpengalaman luas dalam bidang sukan, bersifat neutral serta mampu memberikan pandangan terhadap sebarang isu yang dirujuk oleh pemohon. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI