fbpx

Hadi Baya tidak wakili masyarakat Orang Asli Johor – Penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANI JULAI

JOHOR BAHRU – Kenyataan dikeluarkan Hadi Baya bertarikh 26 Jun lalu yang mendakwa dirinya merupakan seorang wakil kepada masyarakat Orang Asli Johor adalah pendapat peribadi.

Seorang penduduk daripada Kampung Orang Asli Kemidak, Bekok, Sani Julai berkata, masyarakat orang asli di negeri ini menyokong penuh tindakan dibuat Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ) berhubung isu Tanah Kesultanan.

“Penduduk kampung merasa sangat kecewa atas pengakuan Hadi sebagai wakil Batin Kampung Kemidak kerana setakat ini kami tidak pernah melantik Hadi sebagai wakil Batin dan wakil Orang Asli negeri Johor.

“Sedangkan sebelum ini Hadi ada menyatakan kepada saya bahawa beliau begitu menyokong tindakan JPOAJ dan beliau sendri mengaku bahawa beliau tidak pernah dilantik oleh mana-mana pihak dan mengakui bahawa langsung tidak memahami isi kandungan Enakmen Tanah Kesultanan,” katanya di sini Hari ini.

Tambah Sani, ahli keluarga Hadi sendiri tidak bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan bertujuan untuk memburukkan JPOAJ.

“Hal itu kerana tindakan tersebut akan menjejaskan nama baik bapanya sebagai Tok Batin Kampung Kemidak. Penduduk Kampung Kemidak berdiri teguh dan menyokong perjuangan JPOAJ yang berjuang secara konsisten dalam membawa suara Orang Asli Johor terutama dalam perjuangan hak tanah,” jelasnya.

Sani turut memberitahu, kira-kira 90 peratus masyarakat Orang Asli di negeri ini menyokong tindakan dibuat JPOAJ.

Pada 26 Jun lalu, Hadi dalam satu kenyataan memberitahu dia mewakili masyarakat Orang Asli di negeri ini memohon maaf atas tindakan segelintir JPOAJ yang melakukan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Johor, 8 Mei lalu.

Dakwanya, dia mewakili golongan berkenaan menyatakan kekesalan atas tindakan JPOAJ mengadakan demonstrasi aman melibatkan seramai 200 masyarakat Orang Asli Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI