fbpx

SPRM diminta dakwa segera kes rasuah membabitkan Sivakumar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vasantha (dua dari kiri) menunjukkan memorandum yang dihantar kepada SPRM berhubung isu rasuah membabitkan Sivakumar.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta mendedahkan segera hasil siasatan berhubung isu rasuah bernilai RM97 juta membabitkan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan pegawainya.

Ahli Jawatankuasa Bersatu Bersekutu Malaysia, K. Vasantha berkata, kes itu sudah tiga bulan berlalu, namun hingga kini tiada sebarang pendakwaan dilakukan biarpun siri siasatan, penahanan dan penggeledahan dilakukan.

Beliau berkata, pihaknya melihat SPRM tidak begitu komited untuk melihat kes rasuah ini terutama membabitkan kenamaan dan pegawai dalam kerajaan.

“Kes itu sudah berlalu sejak 90 hari lalu, namunsehingga sekarang belum ada pendakwaan dilakukan terhadap Sivakumar dan pegawainya.

“Jika ada bukti kukuh daripada hasil siasatan kes itu maka, pendakwaan harus dilakukan segera,” katanya ketika ditemui selepas menghantar memorandum kepada SPRM di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya melihat dua modul berbeza pendakwaan dimana SPRM lebih pantas dalam kes berkaitan Jana Wibawa berbanding kes melibatkan Sivakumar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI