fbpx

Rafizi pelawa penduduk DUN Sikamat hadir ceramah Jelajah Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ceramah pertama Jelajah Madani di DUN Sikamat akan berlangsung esok.

PETALING JAYA – Ceramah pertama Jelajah Madani di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Negeri Sembilan akan diadakan esok.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, ceramah itu bagi menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Saya bersama-sama pimpinan lain akan memulakan ceramah pertama Jelajah Madani di DUN Sikamat, Negeri Sembilan esok.

“Jemput semua rakyat di kawasan sekitar untuk turun beramai-ramai bagi mendengar penerangan kami atas isu-isu semasa serta perancangan kami untuk rakyat Negeri Sembilan dan isu-isu lain yang berkaitan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, ceramah pertama Jelajah Madani di DUN Sikamat akan diadakan di Lot Kedai Taman Sri Penaga, Seremban bermula pukul 8.30 malam.

“Boleh juga tonton ceramah ini secara langsung di media sosial Facebook saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI