fbpx

Penganggur bunuh bekas isteri direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang wanita ditemui mati di Taman Desa Darul Naim, Pasir Tumboh dekat Kota Bharu semalam. - Foto ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang penganggur direman tujuh hari selepas disyaki menikam bekas isterinya sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Darul Naim, Pasir Tumboh di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perintah reman terhadap lelaki berusia 51 tahun yang cedera parah pada perut selepas bertindak menikam dirinya selepas membunuh mangsa, Rokiah Ayub, 42, bermula semalam sehingga Sabtu ini.

Menurutnya, suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu negatif dadah.

“Suspek yang parah pada bahagian perut kini stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, suspek turut ditidurkan bagi memudahkan urusan rawatan di HRPZ II. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI