fbpx

Karan Johar terima penghormatan Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Karan Johar penghormatan daripada kerajaan Britain atas jasa kepada pembangunan industri hiburan dan perfileman global.

Sutradara ternama Bollywood, Karan Johar baru-baru ini mendapat penghormatan daripada kerajaan Britain atas jasa kepada pembangunan industri hiburan dan perfileman global.

Kata Karan, 52, pengiktirafan daripada kerajaan luar bagaikan mimpi menjadi kenyataan apatah lagi negara terbabit pernah menjadi latar beberapa filem arahannya termasuklah Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhie Gham dan Ae Dil Hai Mushkil.

Selama lebih 25 tahun dalam industri, Karan tidak sekadar pengarah bahkan mendedikasikan seluruh hidupnya sebagai pengacara, penulis skrip, penerbit, pereka kostum.

Pada acara khas yang berlangsung di Britain baru-baru ini, Karan turut meluncurkan sedutan filem komedi baharunya, Rocky Aur RKii Prem Kahaani di hadapan pemimpin negara, termasuk tuan rumah acara, Baroness Verma dari Leicester.

Figura popular asal Mumbai, India itu turut berkongsi momen cukup berharga tersebut menerusi laman sosialnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI