fbpx

Shuib berang, ‘kenapa libatkan arwah isteri aku Siti Sarah?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuib berkata, peguamnya sedang menyiasat isu seorang lelaki menuduh kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah dengan agenda Freemason.

PETALING JAYA – “Kenapa kau libatkan arwah isteri aku Siti Sarah?”

Itu penegasan daripada pelawak Shuib tentang tuduhan melampau seorang individu yang mengaitkan kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah dengan dakyah organisasi rahsia, Freemason.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 39, berkata, dia akan mencari individu terbabit sampai ke lubang cacing demi mendapatkan keadilan atas keterlanjuran katanya dalam media sosial.

“Banyak hari saya sabar. Hari ini saya terpanggil untuk berkenalan dengan mamat ini yang mana tulisannya terlalulah hebat dan berani.

“Kenapa kau libatkan arwah isteri aku Siti Sarah. Freemason? Apa yang kau tahu? Mari cakap depan-depan aku!

“24 jam cari aku. Peguam tengah jalan kerja, tunggu,” katanya menerusi satu hantaran status terbaharu dalam Instagram.

Individu tersebut mendakwa Siti Sarah dipaksa ditidurkan kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu-ibu mengandung tentang risiko tidak mengambil vaksin Covid-19.

Shuib berang dengan tuduhan melampau seorang pengguna media sosial yang mengaitkan kematian Allahyarham isterinya, Siti Sarah yang dikatakan berpunca daripada agenda atau dakyah Freemason. – INSTAGRAM.

Bukan itu sahaja, pengguna Facebook itu juga mendakwa organisasi yang bermula dengan huruf F itu menggunakan artis untuk mempromosikan vaksin.

“Tak sangka eh bekas Mat Kilang ini ahli F juga, pasal arwah SS (Siti Sarah) itu pun kita memang tahu dia dipaksa untuk ditidurkan sebab mamat ini nak buktikan pada ibu-ibu mengandung di luar sana yang kalau kau tak cucuk vaks (vaksin) kau berisiko tinggi untuk mati.

“Dan benda itu viral dan berduyun-duyun ibu mengandung yang pergi cucuk,” tulis individu itu dalam hantaran tersebut.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsunya Ayash Affan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI